Jumat, 20 Desember 2013

Zahid ‘WARNING’ Sama Gangster Banjir Tak Banjir OPS CANTAS Jalan Terus!


KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan meneruskan operasi pencegahan jenayah khususnya Ops Cantas oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sehingga terhapusnya kongsi gelap di negara ini.

Menterinya yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pihak polis supaya tidak gentar dengan ancaman daripada kongsi gelap tanpa sebarang kompromi dengan mana-mana penjenayah di negara ini.

“KDN akan teruskan Ops Cantas khas sehingga terhapusnya seluruh kongsi gelap di negara ini.

“Kita ada ‘Ops Cantas Wanita’ mahu jaga tulang belakang Umno, teruskan Ops Lejang untuk membanteras jenayah kecurian khasnya Kelantan yang kini mencecah 63 peratus.

“Gengster jangan ingat bila musim banjir, semua anggota polis akan dihantar ke tempat banjir, tetapi kita sudah tempat pasukan khas bagi membantu mangsa banjir,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Zahid juga mengulangi amarannya bahawa KDN tidak akan berkompromi dengan pemberian lesen keselamatan yang membabitkan pendatang tanpa izin.

“Saya akan tidak berkompromi (pendatang tanpa izin) dan telah mengarah supaya KDN menangkap semua pendatang tanpa izin sehingga 100 peratus,” katanya lagi. – Sinar Harian Online

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. pustaka blog - Posts · Comments
Powered by Blogger