Tampilkan postingan dengan label sama. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sama. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

Status Chin Peng Tak Sama Dengan Dr Azahari Atau Noordin Mohamad Top!

- 0 komentar

MUAR – Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke negara ini adalah tindakan tepat memandangkan dia bukan warganegara Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan ini berbeza dengan langkah kerajaan membenarkan jenazah dua suspek pengganas, Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini setelah ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia.

Beliau berkata Allahyarham Azahari dan Nordin adalah rakyat Malaysia, sebab itu kerajaan tidak membantah apabila keluarga mereka mengebumikannya di Melaka dan Pontian.

“Berbeza dengan Chin Peng, selain daripada bukan rakyat negara ini, dia juga adalah orang bertanggungjawab menyebabkan ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk Askar Melayu Diraja terbunuh ketika darurat dahulu,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Razali mengulas mengenai gesaan Naib Presiden MCA Gan Ping Siew yang mahukan kerajaan membenarkan mayat atau abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai.

Malah katanya semasa bersetuju meletakkan senjata dalam perjanjian di Selatan Thailand pada tahun 1989, pemimpin komunis itu tetap memperjuangkan ideologinya dan tidak segera mengemukakan permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Ini menunjukkan Chin Peng tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengakui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini,” katanya. – Bernama
[Continue reading...]

Jumat, 20 Desember 2013

Zahid ‘WARNING’ Sama Gangster Banjir Tak Banjir OPS CANTAS Jalan Terus!

- 0 komentar

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan meneruskan operasi pencegahan jenayah khususnya Ops Cantas oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sehingga terhapusnya kongsi gelap di negara ini.

Menterinya yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pihak polis supaya tidak gentar dengan ancaman daripada kongsi gelap tanpa sebarang kompromi dengan mana-mana penjenayah di negara ini.

“KDN akan teruskan Ops Cantas khas sehingga terhapusnya seluruh kongsi gelap di negara ini.

“Kita ada ‘Ops Cantas Wanita’ mahu jaga tulang belakang Umno, teruskan Ops Lejang untuk membanteras jenayah kecurian khasnya Kelantan yang kini mencecah 63 peratus.

“Gengster jangan ingat bila musim banjir, semua anggota polis akan dihantar ke tempat banjir, tetapi kita sudah tempat pasukan khas bagi membantu mangsa banjir,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Zahid juga mengulangi amarannya bahawa KDN tidak akan berkompromi dengan pemberian lesen keselamatan yang membabitkan pendatang tanpa izin.

“Saya akan tidak berkompromi (pendatang tanpa izin) dan telah mengarah supaya KDN menangkap semua pendatang tanpa izin sehingga 100 peratus,” katanya lagi. – Sinar Harian Online
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. pustaka blog - Posts · Comments
Powered by Blogger