Tampilkan postingan dengan label gangster. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gangster. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

KL Gangster 2 4 Hari Tayangan Kutip RM3 1 Juta

- 0 komentar
  • Syamsul Yusof


INSIDEN  filem KL Gangster 2 yang bocor di internet sebelum tayangan membuatkan pengarahnya, Syamsul Yusof, bukan saja merajuk bahkan turut menghilang diri dari media dan juga keluarganya sendiri.

Lebih sebulan memencilkan diri, bapanya, Datuk Yusof Haslam berkata, kini Syamsul sudah pun menunjukkan respons yang positif apatah lagi filem itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat dalam tempoh empat hari tayangan.

“Syamsul kini tinggal dengan adik saya. Saya masih lagi belum berkesempatan untuk berjumpa dengan dia. Tetapi semalam (Ahad) dia baru saja mula bermesej dengan ibunya.

“Biasalah, anak lebih rapat dengan ibu. Malah, ibunya juga ada berpesan pada saya, bagi dia sedikit masa untuk menenangkan fikiran,” katanya ketika dihubungi Zass, semalam.

Dalam pada itu, Yusof memberitahu, filem KL Gangster 2 berjaya mengutip RM3.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan bermula 3 Oktober lalu, termasuk tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September lalu.

Menurutnya, walaupun filem KL Gangster 2 menghadapi masalah cetak rompak sebelum tayangan, namun dia tetap bersyukur dengan jumlah kutipan tersebut.

“Jumlah kutipan itu tidak seperti KL Gangster yang berjaya peroleh lebih RM6 juta dalam tempoh empat hari, tetapi dalam situasi kini yang bocor di internet, jumlah itu tetap memberangsangkan.

“Alhamdulillah, ramai peminat masih lagi datang ke pawagam untuk menonton sebagai tanda memberi sokongan,” katanya yang tidak berani untuk meletakkan sebarang sasaran ke atas filem yang menelan belanja sebanyak RM4.5 juta itu, sebaliknya mengharapkan agar ia mampu balik modal dengan kutipan RM7.5 juta termasuk kos promosi.

Sementara itu, Yusof turut berharap agar semua pihak terutamanya kerajaan bangkit sekali gus mengambil tindakan di atas perlakuan sabotaj ini.

“Ini bukanlah satu perkara remeh, sebaliknya kalau dibiarkan, ia akan menjadi parasit sehingga mampu membunuh industri,” tegasnya.

sumber:
[Continue reading...]

Jumat, 20 Desember 2013

Zahid ‘WARNING’ Sama Gangster Banjir Tak Banjir OPS CANTAS Jalan Terus!

- 0 komentar

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan meneruskan operasi pencegahan jenayah khususnya Ops Cantas oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sehingga terhapusnya kongsi gelap di negara ini.

Menterinya yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pihak polis supaya tidak gentar dengan ancaman daripada kongsi gelap tanpa sebarang kompromi dengan mana-mana penjenayah di negara ini.

“KDN akan teruskan Ops Cantas khas sehingga terhapusnya seluruh kongsi gelap di negara ini.

“Kita ada ‘Ops Cantas Wanita’ mahu jaga tulang belakang Umno, teruskan Ops Lejang untuk membanteras jenayah kecurian khasnya Kelantan yang kini mencecah 63 peratus.

“Gengster jangan ingat bila musim banjir, semua anggota polis akan dihantar ke tempat banjir, tetapi kita sudah tempat pasukan khas bagi membantu mangsa banjir,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Zahid juga mengulangi amarannya bahawa KDN tidak akan berkompromi dengan pemberian lesen keselamatan yang membabitkan pendatang tanpa izin.

“Saya akan tidak berkompromi (pendatang tanpa izin) dan telah mengarah supaya KDN menangkap semua pendatang tanpa izin sehingga 100 peratus,” katanya lagi. – Sinar Harian Online
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. pustaka blog - Posts · Comments
Powered by Blogger