Selasa, 31 Desember 2013

Mohd Zamri Harap Tuah Tayar Baru


KUALA LUMPUR – Pelumba sensasi negara Mohd Zamri Baba yakin penggunaan tayar baharu Dunlop Unbeaten-03 mampu melonjakkan peluang menaiki podium pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, hujung minggu depan.

Pelumba Petronas Hong Leong Yamaha berkata sekirnya dapat menyesuaikan diri dengan tayar baharu itu maka beliau yakin mampu bersaing merebut kedudukan podium.

“Jika dipandang dari sudut teknikal, Suzuka merupakan litar baharu kepada kami semua (pelumba). Mungkin ada yang pernah beraksi di situ namun kebanyakan pasukan tidak mempunyai data yang secukupnya sehinggalah kami keluar untuk sesi latihan pada Jumaat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya beliau tidak gentar untuk menghadapi perlumbaan dari 30 Ogos hingga 1 Sept itu biarpun pelumba Honda memiliki kelebihan dengan keadaan litar itu. – BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. pustaka blog - Posts · Comments
Powered by Blogger