Rabu, 01 Januari 2014

UMNO Dituduh Dalangi Kematian Azizan


SEPERTI yang kita semua sedia maklum, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami komplikasi jantung yang serius akibat jangkitan kuman jam 11.15 pagi, semalam.

Berita yang disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Muhkriz Mahathir itu mengundang pelbagai ucapan takziah dan doa dari pemimpin-pemimpin politik negara tanpa mengira fahaman dan parti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang berada di New York untuk lawatan kerja juga turut menyampaikan ucapannya melalui laman Twitternya yang berbunyi:

“Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergian arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat.”

Iyalah, bak kata orang, bila perkara seperti ini terjadi, hal-hal berkaitan politik tidak perlulah dibangkit dan semua orang berkongsi rasa simpati yang sama.

Namun, ada juga yang mengambil kesempatan atas berita pemergian Azizan dengan menabur fitnah yang maha dahsyat dan boleh dikatakan amatlah tidak logik di laman Facebook.

Seorang pengguna akaun yang bernama Ridhwan Shafawi dengan yakinnya mengatakan bahawa kematian Azizan didalangi oleh UMNO.

Butir-butir ayatnya boleh anda lihat melalui ‘screenshot’ yang telah mula disebarkan oleh laman-laman blog yang kebanyakannya mengecam kenyataan tersebut. Memang boleh mengucap panjang dibuatnya.

Hasil carian kami di laman Facebook tidak menemukan nama pemilik akaun tersebut, mungkin sudah tidak aktif lagi.

Agak-agaklah kalau hendak menfitnah sekalipun. Sekali baca pun sudah nampak tidak logik di situ.

Jangan lupa ya, dosa menfitnah itu sangat besar, malah lebih besar dari membunuh.


0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. pustaka blog - Posts · Comments
Powered by Blogger