Jumat, 31 Januari 2014

Taukeh Nasi Ganja Berang Isu Najis Dijadikan Pelaris


Kerana popularnya restoran Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak; berita penutupan restoran tersebut yang menggunakan nama Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah sejak semalam sekejap saja sudah diketahui umum.

Restoran tersebut diarah tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 28 November kerana didapati kotor setelah Pejabat Kesihatan Daerah Kinta datang menjalankan pemeriksaan kesihatan di premis tersebut.

Penutupan ini sudah tentu memeningkan kepala taukeh Nasi Ganja.

Tapi belum habis pening, timbul satu lagi isu yang membuatkan taukeh Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom naik berang apabila seseorang mengepos di Facebook mendakwa punca penutupan disebabkan pemeriksa kesihatan menemui najis dalam peti sejuk restoran.

Dakwa pihak yang memuatnaik status, najis itu dipercayai digunakan untuk disalut pada periuk bagi dijadikan pelaris atau penunduk hingga membuatkan ramai pelanggan mengunjungi Nasi Ganja setiap hari.

Hal ini menurut taukeh Nasi Ganja, telah memberikan reputasi buruk sekaligus memberi kesan pada perniagaannya.

Tak dapat dinafikan, isu najis memang boleh memberikan impak besar pada perniagaan makanan sebab ia terlalu menjijikkan.

Bagaimanapun dari satu segi lain, taukeh Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom harus menerima hakikat bahawa premisnya mempunyai masalah kebersihan yang perlu diselesaikan segera sebelum ia memberi kesan pada pelanggannya yang ramai. - REM RAMZI

Sumber: tengoktvonline.blogspot.com





0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. pustaka blog - Posts · Comments
Powered by Blogger