Rabu, 01 Januari 2014

Pasukan keselamatan Mesir serbu masjid

Gambar hiasan

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menyerbu Masjid Al-Fatih, di sini, dan menahan ratusan penyokong Mohamed Mursi yang mencari perlindungan di situ.

Pegawai keselamatan berkata, serbuan masjid al-Fatih di Dataran Ramses, semalam diadakan kerana kumpulan Ikhwanul Muslimin disyaki merancang mogok duduk di situ.

Penyokong Mursi telah mencari perlindungan di masjid itu Jumaat lalu untuk mengelak ditahan selain serangan kumpulan vigilante.

Mereka melonggokkan perabot di pintu masuk masjid untuk menghalang kemasukan pihak berkuasa serta pembangkang Mursi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, 385 orang di dalam masjid itu telah ditahan.

Sementara itu, kumpulan Anti-Coup Alliance berkata beberapa perarakan akan diadakan di Kaherah, hari ini sebagai bantahan harian terhadap tindakan pasukan keselamatan yang semakin tegas. - Agensi

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. pustaka blog - Posts · Comments
Powered by Blogger