Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Februari 2014

Video Majlis Perkahwinan Tomok Dan Ayu

- 0 komentar




Salam 1 Malaysia,

Fadah nak share dengan pembaca semua mengenai video majlis perkahwinan Tomok dan Ayu. Fadah dapat video ni kat blog 2dayblogger.com. Jom saksikan bersama-sama majlis tersebut dengan suasana yang gembira dan meriah.





[Continue reading...]

Kamis, 19 Desember 2013

VIDEO Wanita Ditetak Perompak Dalam Kiosk ATM

- 0 komentar




KEJAM! Itulah yang boleh disimpulkan setelah melihat video di bawah.

Dalam kejadian yang berlaku jam 7.10 pagi di Bangalore, India tiga hari lalu ini, seorang pengurus bank wanita ditetak dengan parang oleh seorang perompak di dalam sebuah kiosk ATM yang terletak cuma 50 meter dari balai polis.

Jyothi Uday, 44, ditetak di kepala selepas enggan mengeluarkan wang dan memberikannya kepada perompak yang turut bersenjatakan pistol.

Selepas menetak Jyothi, penyerang yang dirakam dengan jelas dalam CCTV kelihatan mengelap parangnya dengan kertas. Dia turut membuka beg milik mangsa dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya.

Jyothi terlantar berlumuran darah lebih tiga jam sehinggalah dua kanak-kanak yang hendak ke sekolah terlihat darah mengalir keluar dari kiosk ATM berkenaan.

Dalam pada itu, para pekerja Bank Corporation di tempat Jyothi bertugas berasa pelik apabila dia tidak muncul sehinggalah jam 8.15 pagi sedangkan dia sepatutnya memulakan kerja jam 7.15 pagi.

Panggilan telefon kepada Jyothi berdering namun dimatikan. Cuma dua jam kemudian barulah masing-masing mengetahui kejadian sebenar daripada pihak polis.

Menurut doktor yang merawat, kecederaan dialami terlalu parah hingga mengakibatkan bahagian kanan badan Jyothi kini mengalami lumpuh. Dia yang mengalami kecederaan di kepala, bahu dan hidung masih menerima rawatan lanjut di hospital.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, semua pihak perlu berhati-hati agar tidak mengalami kejadian serupa.

Maklumlah, kebanyakan kiosk ATM sememangnya dilengkapi kamera CCTV tetapi tidak semua menempatkan pengawal keselamatan berhampiran mesin ATM yang digunakan orang ramai tanpa mengira waktu. - REM RAMZI


[Continue reading...]

Senin, 16 Desember 2013

VIDEO Gurauan Kentut Pakai Bedak Kategori Zalim

- 0 komentar

Sejak ada laman video YouTube ini, macam-macam petikan video pendek yang dihasilkan seluruh dunia dan tidak kurang juga dari Malaysia sendiri.

Dari video menyanyi, meluahkan cinta, filem pendek dan tidak kurang juga video “prank” atau video perbuatan mengenakan orang untuk suka-suka atau gurauan. Biasanya “prank” dikategorikan untuk gurauan kategori melampau.

Hari ini saya kongsikan video “prank” yang walaupun agak jijik tetapi lucu dan kreatif juga. Kalau diikutkan pada tahap kelucuan memang lah lucu tetapi eloklah jangan dibuat pulak pada rakan-rakan

Video yang hanya berdurasi 22 saat ini dimulakan dengan menunjukkan seorang lelaki menyelak bajunya sehingga menampakkan perutnya sebelum masuk ke dalam sebuah bilik di mana rakan atau mangsa sedang tidur.

Kemudian lelaki tadi masuk ke dalam bilik kemudian membuka sedikit seluar di bahagian punggung sebelum meletakkan bedak di punggungnya yang pada awalnya saya tidak tahu pun untuk tujuan apa.

Anda tengoklah sendiri…

Oleh : KUMBANG WIRA
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. pustaka blog - Posts · Comments
Powered by Blogger