Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Panjat Gunung Batu Untuk Gambar Perkahwinan

- 0 komentar

Panjat Gunung Batu Untuk Gambar Perkahwinan
CHARLESTON : Sejauh manakah anda sanggup lakukan untuk mengabadikan ikatan perkahwinan anda?
Di Amerika Syarikat (AS), sepasang pengantin baharu, Bob Ewing dan isterinya, Antonie Hodge bertindak mendaki sebuah gunung batu setinggi 275 meter dengan lengkap berpakaian pengantin.
Mereka berbuat demikian untuk merakam gambar perkahwinan yang unik dan luar biasa.
Walaupun berdepan kesukaran, usaha pasangan itu berbaloi apabila gambar perkahwinan mereka ditonton lebih 500,000 kali di internet.
Gambar perkahwinan yang dirakam itu menunjukkan lokasinya adalah di puncak Gunung Seneca di negeri Virginia Barat.
Idea untuk mendaki gunung yang curam dan sempit itu datang daripada pengantin perempuan ekoran ibunya, Evangeline Hodge merupakan seorang pendaki gunung.
Turut sama melakukan pendakian termasuklah ibu pengantin perempuan dan rakan-rakan mereka yang juga merupakan pendaki amatur.
“Saya perlu membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya mampu mendaki gunung batu ini,” kata Hodge.
Mereka melakukan pendakian tersebut baru-baru ini dengan bantuan tali dan abah-abah. – Agensi
[Continue reading...]

Kamis, 06 Februari 2014

Gambar Salleh Yaakob Bersama Isteri Muda

- 0 komentar
Gambar Salleh Yaakob Bersama Isteri Muda | Ini merupakan gambar terkini Salleh Yaakob bersama isteri ke empatnya dalam satu majlis baru-baru ini. Senang hati je nampaknya beliau....apapun, tahniah diucapkan kepada Salleh Yaakob, semoga terus berjaya dunia dan akhirat bersama-sama isteri-isteri beliau yang lain.


sumber


[Continue reading...]

Senin, 30 Desember 2013

GAMBAR Alahai Justin Bieber…Pergi Tembok China Pun Bodyguard Dukung!

- 0 komentar

BARU-BARU ini penyanyi terkenal antarabangsa yang menjadi kegilaan jutaan gadis seluruh dunia, Justin Bieber pergi ke China.

Dalam salah satu agenda lawatannya, Justin pergi ke Tembok China.

Kalau dalam konsert-konsertnya, Justin sering dipuji melambung oleh para peminatnya kerana nyanyian dan tariannya yang sungguh energetik.

Tetapi hakikatnya mamat ni taklah semacho mana pun.

Buktinya sewaktu kunjungannya ke tembok tersebut, Justin hanya berharap pengawal peribadinya yang gagah perkasa itu untuk membantunya.

Malah, bagai seorang diva, Justin mengarahkan para pengawalnya mendukungnya!

Adoyyyyy…itulah kuasa duit dan kemahsyuran.

Macam-macam hal….




[Continue reading...]

Sabtu, 28 Desember 2013

Gambar Gudang ‘Emas’ Terbesar Di Dunia

- 0 komentar
Federal Reserve Bank of New York terletak di New York, 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini dibuka pada tarikh 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana di sinilah terdapat vault (ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia.

Di vault ini dianggarkan terdapat 10% daripada rizab emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD $270 bilion.

Rizab emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian adalah merupakan simpanan dari 36 negara yang lain, yang mempercayai penyimpanannya di The Fed Bank of New York.
Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam vault tersebut.
Jadi berbahagialah anda yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi menambah pengetahuan kita. SUMBER


[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. pustaka blog - Posts · Comments
Powered by Blogger