Tampilkan postingan dengan label ditutup. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ditutup. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Februari 2014

60 Restoran KFC Di Pakistan Ditutup Gara Gara Filem Menghina Nabi

- 0 komentar

60 Restoran KFC Di Pakistan Ditutup Gara Gara Filem Menghina Nabi
NEW YORK : Yum! Brands memutuskan untuk menutup kesemua restoran makanan segera KFC di Pakistan susulan protes anti-Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan filem menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.
Langkah itu diambil susulan serangan ke atas sebuah restoran KFC di Lubnan minggu lalu, demikian menurut syarikat itu, dipetik CNNMoney.
“Restoran KFC kami di Pakistan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga,” kata jurucakap Yum! Brands, Christopher Fuller.
“Mereka akan terus memantau situasi untuk memutuskan bila ia akan dibuka semula,” katanya lagi.
Angka kematian ekoran protes terbaru semalam telah mencecah 15 sehingga petang semalam.
KFC ada lebih 60 restoran di 21 bandar di Pakistan.
Rangkaian itu juga mempunyai cawangan di 21 bandar raya di rantau Timur Tengah.
Laporan CNN menyebut bahawa pada 14 September lalu, penunjuk perasaan yang memprotes filem Innocense of Muslims telah menyerang sebuah restoran KFC dan dua lagi francais AS iaitu Hardee’s dan Krisphy Kreme di Tripoli, Lubnan.
“Beberapa restoran jenama AS di Tripoli juga rosak termasuk satu restoran KFC,” katanya lagi. – Sinar Harian
[Continue reading...]

Rabu, 25 Desember 2013

Terowong SMART Ditutup Mulai 11 Malam Ini

- 0 komentar

KUALA LUMPUR – Lebuh raya Smart di sini akan ditutup kepada lalu lintas bermula jam 11 malam ini sehingga 6 pagi esok.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong (Smart) dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan itu bagi membolehkan penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya dijalankan.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian bantuan Smart Helpline 1-300-88-7188. – BERNAMA

[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. pustaka blog - Posts · Comments
Powered by Blogger